Thursday, August 7, 2008

Review: Seminggu Sebuah Buku - NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI

Minggu ini saya ingin berkongsi sedikit tentang sebuah buku yang agak ringkas tetapi mempunyai isi yang menarik & padat terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Yang paling mahal tentang buku ini adalah ia merupakan panduan yang terhasil dari pengalaman sebenar seorang yang telah mencapai tahap jutawan di usia yang sangat muda.
Saya pasti menjadi jutawan merupakan impian hampir setiap orang. Bayangkan hidup anda selepas bergelar seorang jutawan. Boleh dikatakan wang hampir bukan lagi satu masalah kepada anda. Tetapi ramai juga yang mempunyai tanggapan 'nasib je kalau aku dapat jadi jutawan' atau 'harap-harap rezeki turun dari langit'. Dan saya juga percaya ramai yang pernah terjebak ke dalam macam-macam skim mengarut yang memberi harapan untuk menjadi jutawan dengan segera. Pastinya juga, ramai yang kecewa! Sebenarnya, sesiapa saja boleh menjadi jutawan. Anda juga. Anda boleh menjadi jutawan dalam bidang yang anda ceburi sekarang! Bagaimana? NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah dengan ilustrasi menarik. Hasil nukilan jutawan internet terkemuka Malaysia Dr. Irfan Khairi. Ingat! Buku ini bukan tentang perniagaan internet. Buku ini tentang perancangan yang anda perlu lakukan serta disiplin diri yang perlu ada sekiranya anda hendak menjadi seorang jutawan. Hendak berjaya dengar nasihat orang berjaya. Hendak jadi jutawan kena belajar dari jutawan. Saya sudah dapatkannya, anda bila lagi?
Buku ini boleh didapati di pasaran pada harga RM39.90 atau anda boleh membuat tempahan secara online di http://www.irfankhairi.com/blog/nota-jutawan-nota-motivasi/ (RM3.10 dikenakan untuk pengendalian & penghantaran).

No comments: