Wednesday, August 6, 2008

BERANI BERUBAH..?

Pernahkah anda mengalami detik-detik sukar atau pun kesusahan dalam hidup anda? Saya pasti hampir sebahagian dari anda pernah mengalaminya. Cuma tahap kesusahan yang dialami oleh setiap orang & cara mereka menghadapinya saja yang berbeza. Saya sendiri pernah mengalaminya sebanyak 2 kali. Apa yang boleh dikatakan masa tu hanya doa sahaja yang jadi teman. Cuma saya selalu berdoa agar diri ini tak putus harapan terhadap Tuhan yang Maha Kaya. Tetapi saya sangat suka dengan satu ungkapan 'bila timbul satu masalah, akan wujud satu peluang'. Sedikit demi sedikit saya cuba berubah & biasakan diri. Kalau terpaksa patah balik ke belakang pun apa salahnya jika tindakan tersebut boleh menolak saya lebih laju ke hadapan. Seperti memanah, anak panah ditarik ke belakang, lebih jauh ditarik lebih laju anak panah melungsur ke sasaran. Apa pun, hidup mesti diteruskan. Yang penting jangan kita hilang fokus pada matlamat asal. Matlamat saya..hmm...ketika berusia 35 tahun..sekurang-kurangnya saya mempunyai simpanan RM1 juta. Boleh ke? Biarlah saya saja yang tahu..anda bagaimana?

No comments: