Tuesday, July 22, 2008

Review: Seminggu Sebuah Buku

Antara ruangan di blog ini adalah Seminggu Sebuah Buku. Ruangan ini menempatkan judul buku-buku yang pernah saya baca & saya cadangkan utk anda semua baca. Setiap minggu judul buku akan bertukar. Untuk minggu ini kita ulas sikit tentang buku AKU SEORANG JUTAWAN E-NETWORKERS. Buku ini merupakan 'self-help book' yang bersifat santai dan diolah dalam bentuk cerita (berdasarkan pengalaman sebenar penulis). Sangat bagus untuk dibaca terutama bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan MLM/networking atau apa-apa perniagaan lain kerana penulis sendiri merupakan seorang jutawan MLM yang berjaya & juga pemilik UNSTOPPABLE AUTOSPORT (saya berani sebut kerana saya kenal beliau). Seperti yang kita maklum bukan mudah untuk bergelar seorang jutawan kerana rintangan yang menanti juga bukan sedikit. Apa rahsia beliau sehingga dalam tempoh hanya 15 bulan berjaya berubah dari seorang pemuzik sengkek kepada jutawan yang berjaya. Bagaimana beliau bermula dari hari pertama dalam perniagaan beliau sehingga berjaya mengumpul hampir RM2 juta ketika buku ini siap ditulis. So, nak tau lebih lanjut bacalah buku ni.

No comments: