Tuesday, July 29, 2008

Review: Seminggu Sebuah Buku - MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP

Dari penulis buku 'Best Seller' Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Beliau menulis berdasarkan pengalaman & pengamatan beliau bermula dari semasa bertugas sebagai pengurus bank, berniaga di pasar malam hinggalah beliau mengasaskan Institut Kulinari & kursus-kursus motivasi. Buku ini memaparkan sebahagian dari kisah para peniaga kecil-kecilan atau usahawan jalanan yang tidak dipandang orang malah sesetengah dari masyarakat menganggap mereka ini sebagai peniaga 'kelas bawahan'. Tetapi disebalik pandangan sinis tersebut ramai yang tidak tahu bahawa golongan ini sebenarnya mempunyai harta yang mencecah jutaan ringgit hasil dari 'perniagaan kecil' itu. Dan mereka tetap menjalani kehidupan seperti biasa hinggakan jiran mereka sendiri pun tidak tahu bahawa mereka ini sebenarnya golongan 'Jutawan Senyap'!
Kepada anda yang berniaga secara kecil-kecilan atau baru merancang untuk berniaga, buku ini sangat bagus untuk dijadikan panduan & pembakar semangat. Kecil tak semestinya tak menguntungkan. Betul tak? Biar kecil asal menguntungkan. Saya sangat tertarik dengan kata-kata Chef Li..'HIDUP DI MALAYSIA TETAPI TIDAK KAYA ADALAH MALANG'. Dalam maksudnya tu. So, apa tunggu lagi. Bagi yang belum baca, dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku berhampiran. Saya cadangkan anda cari di MPH atau POPULAR supaya tidak membuang masa anda kerana di sana terdapat banyak pilihan.

No comments: