Tuesday, July 29, 2008

Review: Seminggu Sebuah Buku - MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP

Dari penulis buku 'Best Seller' Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Beliau menulis berdasarkan pengalaman & pengamatan beliau bermula dari semasa bertugas sebagai pengurus bank, berniaga di pasar malam hinggalah beliau mengasaskan Institut Kulinari & kursus-kursus motivasi. Buku ini memaparkan sebahagian dari kisah para peniaga kecil-kecilan atau usahawan jalanan yang tidak dipandang orang malah sesetengah dari masyarakat menganggap mereka ini sebagai peniaga 'kelas bawahan'. Tetapi disebalik pandangan sinis tersebut ramai yang tidak tahu bahawa golongan ini sebenarnya mempunyai harta yang mencecah jutaan ringgit hasil dari 'perniagaan kecil' itu. Dan mereka tetap menjalani kehidupan seperti biasa hinggakan jiran mereka sendiri pun tidak tahu bahawa mereka ini sebenarnya golongan 'Jutawan Senyap'!
Kepada anda yang berniaga secara kecil-kecilan atau baru merancang untuk berniaga, buku ini sangat bagus untuk dijadikan panduan & pembakar semangat. Kecil tak semestinya tak menguntungkan. Betul tak? Biar kecil asal menguntungkan. Saya sangat tertarik dengan kata-kata Chef Li..'HIDUP DI MALAYSIA TETAPI TIDAK KAYA ADALAH MALANG'. Dalam maksudnya tu. So, apa tunggu lagi. Bagi yang belum baca, dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku berhampiran. Saya cadangkan anda cari di MPH atau POPULAR supaya tidak membuang masa anda kerana di sana terdapat banyak pilihan.

Monday, July 28, 2008

INTERNET MEMBANTU PERNIAGAAN BUKAN INTERNET

Pagi ini saya nak berkongsi sedikit tip dari Dr. Irfan Khairi (jutawan internet M'sia). Saya rasa topiknya pun agak menarik berkenaan dengan internet & perniagaan. Berikut tip dari beliau:
TIP PILIHAN: INTERNET MEMBANTU PERNIAGAN BUKAN INTERNET
Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal(bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
Jawapan saya, sudah tentunya YA!
Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:
Laman web
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospeksehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.
Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amattinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana,mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan. Laman web anda akan meletakkan minda prospek anda dalam keadaan "Ingin membeli!" jauh sebelum mereka sampai ke kedai anda!
BLOG
Blog, atau Web Log (http://www.blogger.com/), kini menjadi trend semasa dimana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Andaboleh melihat contoh blog saya di http://www.irfankhairi.com/ di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog http://www.irfankhairi.com/ pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi,kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang perniagaan saya setiap hari.
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
YOUTUBE
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.
Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi "Broadcast Yourself!"
Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupaka seorang motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.
Gunakan kreativiti anda!
Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan sedunia.
Pengguna Internet di Malaysia kini berjumlah lebih daripada 14 juta pengguna. manakala pengguna Internet dunia pula adalah lebih daripada 1.2 billion pengguna. Dengan menggunakan Internet, pastinya perniagaan bukan Internet juga dapat mencapai lebih ramai prospek!
Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?
Inginkan lagi tips-tips dari Irfan Khairi? Lawati http://www.irfankhairi.com/.

Friday, July 25, 2008

TEMUDUGA KERJA vs. TIPS

Sebut pasal temuduga kerja rasanya semua orang pernah alami. Betul x? Cuma bezanya bila kali terakhir kita ditemuduga / menemuduga..?? Hari ni pergi temuduga kerja lagi..(dlm proses nk jd pekerja berstatus usahawan ni...kemudian jutawan..InsyaAllah..Amin..)..jauh gak lokasi hari ni..dah lama tak pergi temuduga rasa kekok lak..last time pergi temuduga pun 2 tahun lepas..tp xpe..still maintain..tips yang dipegang dari dulu sampai sekarang bila pergi temuduga..hmmm...don't be so serious..buat joke sket masa temuduga tu...(kalau boleh buat interviewer ketawa terbahak-bahak..) tp bkn stupid joke tau..success rate? aha...3:1..sound nonsense but workable...x caya anda boleh cuba..

Wednesday, July 23, 2008

PANDUAN MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN MELALUI eBay!

Jika anda mempunyai minat berniaga melalui internet, antara platform terbaik untuk bermula adalah melalui eBay. Walaupun tanpa sebarang pengetahuan teknikal komputer, tiada kemahiran berbahasa inggeris dan tiada asas perniagaan internet, anda masih layak untuk memulakan bisnes di eBay dengan modal yang kecil. Sekiranya anda serius untuk bermula...di sini ada sesuatu yang boleh membantu anda...KUASA LELONG - PANDUAN MENJANA $$$ LUMAYAN DI EBAY oleh Noorizam Shah! Klik di sini untuk maklumat lanjut: http://kuasalelong.com/?a_aid=07499876

Tuesday, July 22, 2008

Review: Seminggu Sebuah Buku

Antara ruangan di blog ini adalah Seminggu Sebuah Buku. Ruangan ini menempatkan judul buku-buku yang pernah saya baca & saya cadangkan utk anda semua baca. Setiap minggu judul buku akan bertukar. Untuk minggu ini kita ulas sikit tentang buku AKU SEORANG JUTAWAN E-NETWORKERS. Buku ini merupakan 'self-help book' yang bersifat santai dan diolah dalam bentuk cerita (berdasarkan pengalaman sebenar penulis). Sangat bagus untuk dibaca terutama bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan MLM/networking atau apa-apa perniagaan lain kerana penulis sendiri merupakan seorang jutawan MLM yang berjaya & juga pemilik UNSTOPPABLE AUTOSPORT (saya berani sebut kerana saya kenal beliau). Seperti yang kita maklum bukan mudah untuk bergelar seorang jutawan kerana rintangan yang menanti juga bukan sedikit. Apa rahsia beliau sehingga dalam tempoh hanya 15 bulan berjaya berubah dari seorang pemuzik sengkek kepada jutawan yang berjaya. Bagaimana beliau bermula dari hari pertama dalam perniagaan beliau sehingga berjaya mengumpul hampir RM2 juta ketika buku ini siap ditulis. So, nak tau lebih lanjut bacalah buku ni.

Sunday, July 20, 2008

BERITA BAIK!! YANG DINANTI-NANTIKAN TELAH TIBA!!

Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh seorang jutawan kepada anda untuk kejayaan anda? Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
Siapakah....
  • Mentor jutawan?
  • Jurulatih jutawan?
  • Jutawan Senyap?
  • Jutawan MLM?
  • Jutawan Berani Gagal?
  • Jutawan Penerbitan?
  • Jutawan dari Singapura?
  • Jutawan Internet?
Kenali dan ketahui rahsia disebalik kejayaan mereka! E-book terbaru & terhangat di pasaran! Dapatkan satu untuk diri anda!

'Manusia berubah kerana 2 perkara: Orang yang mereka jumpa & buku-buku yang mereka baca..'