Selamat Hari Raya kepada semua visitor2 blogku yg suam2 kuku nih...hr ni dh raya ke 8 & aku masih di kg lg...biasalah kerja sendiri ni cuti pun ikut suka...(suka2 aku je)...sbnrnye aku tgh sibuk dgn persediaan nk kahwin ni...mengecat rumah org tua aku...monitor org yg dtg renovate rumah...jemput sedara-mara (sedara-mara kena bgtau awal2 wpun kad lum siap)..senang citer macam2 lg le...di sini aku mengambil kesempatan juga utk mengucapkan selamat berjuang kpd bekas2 rakan seperjuangan dulu (perjuangan apa...hanya kita shj yg tahu..hehe)..wpun kita dh berlainan kapal, silaturrahim tetap dijaga...korang tetap best friend aku..mmuahhss3x..(mcm gay le plak...ishh)..apa pun dikala ketandusan idea ni aku tetap akan update blog ni..blog yg bersejarah buat aku..ok..adios amigos! Jumpa lg!
P/s: Kpd mereka2 yg tinggalkan komen tu, leh x letak nama...aku nk reply pun x tau sapa...=)
Wednesday, October 8, 2008
Monday, September 22, 2008
8 hari lagi!
Assalamualaikum....sedar atau tidak hanya tinggal 8 hari lagi kita akan menyambut Syawal. Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Tertanya-tanya gak pada diri sendiri, apakah pencapaian diri ini semakin meningkat atau tidak? Jawab dlm hati je..hehe..raya tahun ni merupakan raya terakhir aku sebagai seorang bujang. Bulan 11 dh nk kahwin dh...tahun depan raya berdua le...hidup baru bersama org baru dlm hidup..moga rezeki dimurahkan lagi seiring dengan umur yg semakin meningkat...Amin..tak tau nk tulis apa lg hari ni..ketandusan idea...sebab kenyang berbuka td ni kot...akhir kata jgn lupa tingkatkan lagi ibadat...sekarang ni dah malam 10 lekor / malam lailatulqadar...pahalanya sama dgn beribadat selama 1000 bln...renung2kan...
Saturday, September 6, 2008
Selamat Berpuasa!!!
Dah lama juga tak update blog ni...bz sket dgn persiapan nk kahwin...hari ni merupakan post pertama utk bln 9 ni..sebelum terlupa, Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua blogger2 & juga pelawat2 blog saya ini. Yang saya sedari, semenjak tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini rezeki saya juga bertambah...hmmm...moga2 ianya berterusan..apa pun usaha mesti ditingkatkan lagi dlm mengejar cita-cita saya untuk bersara kaya di usia sebelum mencecah 35 tahun.
Wednesday, August 13, 2008
Balik kampung!
Wah....bunyi macam nak balik raya je..hehe..nk balik kg tak semestinya hari raya je kan...sebenarnya saya hari ini hendak balik ke kg halaman di Johor. Dah lama tak balik kg ni (rasanya 3 bulan dah) so excited rasanya. Punyalah excited sampai tak boleh tido malam tadi (macam budak2 nk pegi bercuti je =))....rindu nk jumpa mak ayah..nk geletek perut kucing lagi (mesti si utih ni dah gemuk)...fuh..rasanya lepas balik dari kg ni mesti dpt suntikan semangat baru...(dah lama lemau semangat den ni hah)..oklah beb..dah nak gerak dah...adios amigos!
Monday, August 11, 2008
Stop Living In The Past..
Pernah dengar istilah ini..'stop living in the past...start living in the future..'? Maksudnya 'berhenti hidup di masa lalu..fikirkan hidup di masa depan'..
Semuanya yang telah berlalu..tak kiralah kegagalan, kesedihan, cinta hatta kejayaan sekalipun hendaklah dilupakan...bukan tak boleh kenang langsung, maksudnya berhenti hidup dengan dibayangi kisah silam! Perkara yang dah lepas kita tak boleh ubah, tetapi yang kita boleh ubah ialah masa depan kita. So, mulalah berfikir & bertindak untuk ubah masa depan anda tak kira samada dari sudut kekeluargaan, perniagaan mahupun kerjaya.
Hidup dengan kenangan silam bererti kita berundur selangkah ke belakang. Banyak memikirkan tentang masa depan & bertindak untuk mengejar pencapaian terbaik setiap hari akan memajukan diri.
P.s: Kisah-kisah silam yang menyedihkan digunakan sebagai pedoman & peringatan untuk bertindak bijak & tidak mengulangi kesilapan yang sama.
P.s.s: Cita-cita & matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha memajukan diri. Pecahkan rekod peribadi setiap hari!
Sunday, August 10, 2008
Bila Sarang Tebuan Dijolok...
KUALA LUMPUR: Kedegilan Majlis Peguam meneruskan forum awam “Memeluk Islam” menjadi punca timbulnya tentangan daripada kumpulan tertentu yang sekaligus boleh menggugat keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata reaksi seumpamanya memang dijangka setelah badan profesional guaman itu terus membelakangkan nasihat supaya membatalkan forum berkenaan. “Saya sudah kata jangan dibuat (forum) secara terbuka kerana tentu berlaku reaksi daripada kumpulan lain, tetapi mereka (Majlis Peguam) berdegil, perkara seperti ini memang sensitif dan kita sudah menjangka ini akan berlaku,” katanya. Najib berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang timbul apabila forum kontroversi itu tetap diadakan semalam walaupun ditentang pelbagai pihak. Forum itu, bagaimanapun ditamatkan tiga jam lebih awal atas nasihat polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Kira-kira 1,000 orang mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar semalam dengan membawa pelbagai sepanduk menentang penganjuran forum berkenaan, termasuk anggota Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Mapan), PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan semua pihak agar tidak mempertikai atau cuba merungkai perkara asas yang telah dipersetujui bersama semua kaum di negara ini, terutama apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Kalau hendak dirungkai balik akan mencetuskan perbalahan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan dalam negara kita,” tegasnya. Najib berkata masyarakat berbilang kaum di negara ini sudahpun dapat hidup dengan rukun, aman dan damai selama ini kerana masing-masing mengamalkan sikap toleran, menghormati sensitiviti kaum serta berpandukan Perlembagaan negara yang telah dipersetujui bersama."Maka adalah tidak wajar untuk mempertikaikan perkara yang dipersetujui itu kerana ia boleh menimbulkan timbal balas serta reaksi daripada kumpulan-kumpulan lain," katanya.

Petikan dari Harian Metro 10/08/08 'Kedegilan Majlis Peguam punca tentangan rakyat'
P.s: Rindukan perpaduan kaum dalam filem "Gila-Gila Remaja", ada melayu, cina & india dalam geng Azroy =).
P.p.s: Hormati sensitiviti penganut agama lain.
Thursday, August 7, 2008
Review: Seminggu Sebuah Buku - NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI
Minggu ini saya ingin berkongsi sedikit tentang sebuah buku yang agak ringkas tetapi mempunyai isi yang menarik & padat terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Yang paling mahal tentang buku ini adalah ia merupakan panduan yang terhasil dari pengalaman sebenar seorang yang telah mencapai tahap jutawan di usia yang sangat muda.
Saya pasti menjadi jutawan merupakan impian hampir setiap orang. Bayangkan hidup anda selepas bergelar seorang jutawan. Boleh dikatakan wang hampir bukan lagi satu masalah kepada anda. Tetapi ramai juga yang mempunyai tanggapan 'nasib je kalau aku dapat jadi jutawan' atau 'harap-harap rezeki turun dari langit'. Dan saya juga percaya ramai yang pernah terjebak ke dalam macam-macam skim mengarut yang memberi harapan untuk menjadi jutawan dengan segera. Pastinya juga, ramai yang kecewa! Sebenarnya, sesiapa saja boleh menjadi jutawan. Anda juga. Anda boleh menjadi jutawan dalam bidang yang anda ceburi sekarang! Bagaimana? NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah dengan ilustrasi menarik. Hasil nukilan jutawan internet terkemuka Malaysia Dr. Irfan Khairi. Ingat! Buku ini bukan tentang perniagaan internet. Buku ini tentang perancangan yang anda perlu lakukan serta disiplin diri yang perlu ada sekiranya anda hendak menjadi seorang jutawan. Hendak berjaya dengar nasihat orang berjaya. Hendak jadi jutawan kena belajar dari jutawan. Saya sudah dapatkannya, anda bila lagi?
Buku ini boleh didapati di pasaran pada harga RM39.90 atau anda boleh membuat tempahan secara online di http://www.irfankhairi.com/blog/nota-jutawan-nota-motivasi/ (RM3.10 dikenakan untuk pengendalian & penghantaran).

Wednesday, August 6, 2008
BERANI BERUBAH..?
Pernahkah anda mengalami detik-detik sukar atau pun kesusahan dalam hidup anda? Saya pasti hampir sebahagian dari anda pernah mengalaminya. Cuma tahap kesusahan yang dialami oleh setiap orang & cara mereka menghadapinya saja yang berbeza. Saya sendiri pernah mengalaminya sebanyak 2 kali. Apa yang boleh dikatakan masa tu hanya doa sahaja yang jadi teman. Cuma saya selalu berdoa agar diri ini tak putus harapan terhadap Tuhan yang Maha Kaya. Tetapi saya sangat suka dengan satu ungkapan 'bila timbul satu masalah, akan wujud satu peluang'. Sedikit demi sedikit saya cuba berubah & biasakan diri. Kalau terpaksa patah balik ke belakang pun apa salahnya jika tindakan tersebut boleh menolak saya lebih laju ke hadapan. Seperti memanah, anak panah ditarik ke belakang, lebih jauh ditarik lebih laju anak panah melungsur ke sasaran. Apa pun, hidup mesti diteruskan. Yang penting jangan kita hilang fokus pada matlamat asal. Matlamat saya..hmm...ketika berusia 35 tahun..sekurang-kurangnya saya mempunyai simpanan RM1 juta. Boleh ke? Biarlah saya saja yang tahu..anda bagaimana?
Saturday, August 2, 2008
PANAS..PANAS..PANAS...

Panas & panas...bagi anda yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan tambahan melalui internet / ingin menambah koleksi pendapatan online anda..dapatkan e-book 'RAHSIA PRO AFFILIATE' ini secara PERCUMA! Diulangi sekali lagi...PERCUMA!
Apa yang istimewa? RM0.25 per lead! Nak tau lebih lanjut..klik di banner 'RAHSIA PRO AFFILIATE' atau link di bawah ini:
http://www.rahsia-pro-affiliate.com/index.php?ref=ryrr79
Subscribe to:
Posts (Atom)